Tahun baru dah masyuk..masing2 dengam azam baru. So, aku pon nak berazam jugaklah. Eheheh..actually, dah lama aku daftar syarikat nih. Sejak bulan 8. Tapi juz daftar suka2. Aku berazam untuk aktif sket bisness aku nih.
Tak tahu lah kenapa boleh sampai jadi cenggini. Bidang menjait nih. Dulu, nak jait baju koyak pon aku x reti. Jenis2 jahitan pun aku x tau.
Mula pada tahun 2006. Waktu tu anak ke2 aku baru beberapa bulan. Tergerak kat hati nak jait baju kurung tuk anak dara aku tuh. Semangat membara sungguh! Walaupun 0 knowledge. Aku mula dengan beli kain, potong, then jait pakai jahitan tangan. Aku blajar dgn mak aku. Mak aku memang expert jahit baju. Bila baju siap, apa yang aku rasa ?? excited, seronok, gian..then aku beli mesin kecik. Portable, harga rm50. Dapatla aku jahit gaun tuk anak dara aku. Walaupun time tu jahitan senget2, dapat jugak aku siapkan baju tuk anak aku pakai time raya. Senget pun sengetlah..ada jugak aku jait baju melayu Johor tuk anak teruna aku. Memang skill jahit aku time tu boleh dikatakan TERUK. Muahahahah..kesian anak2 aku. Pakai baju yg aku jait..
Then, ada duit lebih sket, aku beli mesin jahit yg besar sket. Harga lm 200++. Aku try jait baju kurung tuk aku. Malang sungguh, belum siap sepasang baju, mesin tu jahanam.adeh..citer mesin jait yg lingkup tu mmg panjang, sampai aku dapat semula refund duit mesin tu sekali dgn kos ganti rugi yg aku tuntut kat tribunal tuntutan pengguna. Dengan duit tu, aku nekad, beli mesin yg branded sket. Mak aku ckp, mesin singer yg kayuh tu, memang tahan lasak. Aku tambah la duit sket then beli mesin tu.
Mesin kepala hitam tu mmg super lasak. Aku biar mesin tu manual je sebab memang aku nak dia manual. X tambah pedal letrik sampai hari ni. Mesin tu still gagah sampai ke hari ni. Aku masuk kelas jahit. Memandangkan skill aku memang sangat hampess. Ahahah..so, dapatla lepas jait baju tuk diri sendiri. Dr kelas tu lah timbul macam2 idea menjahit.
menjait ni hobi masa lapang aku je, biasalah, kalau seseorang tu minat sesuatu, mula la mengumpul koleksi. Macam aku, aku allocate 3%dari gaji aku tuk beli mesin idaman aku. Sekarang, hmmm, mesinn aku dah ada 6. Satu kat kampung. Memang gile & x sangka lah aku boleh jadi cenggini.
Terus terang lah aku cakap, aku memang LANGSUNG x tahu menjahit 9 tahun lepas. Now, here i am..alhamdulillah . .maybe inilah yg dinamakan genetik.
Best Casinos & Hotels near me - MapyRO
ReplyDelete› › Casino 울산광역 출장샵 Hotel › › 포항 출장샵 Casino Hotel Find The Best Casinos & Hotels 서울특별 출장안마 near you, the place to stay if 사천 출장안마 you're 삼척 출장마사지 looking for a casino in Oklahoma.