Showing posts with label others. Show all posts
Showing posts with label others. Show all posts

Monday, January 12, 2015

Misi 2015

Tahun baru dah masyuk..masing2 dengam azam baru. So, aku pon nak berazam jugaklah. Eheheh..actually, dah lama aku daftar syarikat nih. Sejak bulan 8. Tapi juz daftar suka2. Aku berazam untuk aktif sket bisness aku nih.

Tak tahu  lah kenapa boleh sampai jadi cenggini. Bidang menjait nih. Dulu, nak jait baju koyak pon aku x reti. Jenis2 jahitan pun aku x tau.

Mula pada tahun 2006. Waktu tu anak ke2 aku baru beberapa bulan. Tergerak kat hati nak jait baju kurung  tuk anak dara aku tuh. Semangat membara sungguh! Walaupun 0 knowledge. Aku mula dengan beli kain, potong, then jait pakai jahitan tangan. Aku blajar dgn mak aku. Mak aku memang expert jahit baju. Bila baju siap, apa yang aku rasa ?? excited, seronok, gian..then aku beli mesin kecik. Portable, harga  rm50. Dapatla aku jahit gaun tuk anak dara aku. Walaupun time tu jahitan senget2, dapat jugak aku siapkan baju tuk anak aku pakai time raya. Senget pun sengetlah..ada jugak aku jait baju melayu Johor  tuk anak teruna aku. Memang skill jahit aku time tu boleh dikatakan TERUK. Muahahahah..kesian anak2 aku. Pakai baju yg aku jait..

Then, ada duit lebih sket, aku beli mesin jahit yg besar  sket. Harga lm 200++. Aku try jait baju kurung tuk aku. Malang sungguh, belum siap sepasang baju, mesin tu jahanam.adeh..citer mesin jait yg lingkup tu mmg panjang, sampai aku dapat semula refund duit mesin tu sekali dgn kos ganti rugi yg aku tuntut kat tribunal tuntutan pengguna. Dengan duit tu, aku nekad, beli mesin yg branded sket. Mak aku ckp, mesin singer  yg kayuh tu, memang tahan lasak. Aku tambah la duit sket then beli mesin tu.

Mesin kepala hitam tu mmg super lasak. Aku biar mesin tu manual je sebab memang aku nak dia manual. X tambah pedal letrik  sampai hari ni. Mesin tu still gagah sampai ke hari ni.  Aku masuk kelas jahit. Memandangkan skill aku memang sangat  hampess. Ahahah..so, dapatla lepas jait baju tuk diri sendiri. Dr kelas tu lah timbul macam2  idea menjahit.

menjait  ni hobi masa lapang aku je, biasalah, kalau seseorang tu minat sesuatu, mula la mengumpul koleksi. Macam aku, aku allocate 3%dari gaji aku tuk beli mesin idaman aku. Sekarang, hmmm, mesinn aku dah ada 6. Satu kat kampung. Memang gile & x sangka lah aku boleh jadi cenggini.

Terus terang lah aku cakap, aku memang LANGSUNG x tahu menjahit 9 tahun lepas. Now, here i am..alhamdulillah . .maybe inilah yg dinamakan genetik.

Friday, August 31, 2012

Khasiat Akar Fatimah - Mitos atau Benar..?

Aku ni bukannya jenis percaya sangat benda2 cenggini..since dah dapat (bos kasi lepas balik dari umrah). aku try..tu pun selepas aku menggoggle puas2 pasal akar ni..
Orang cakap, kalau mengandung,

1) rendam dengan air biasa (mineral or air masak yang sejuk)then, minum airnya. Air ni minum bila dah hujung2 kehamilan..

2) Masa rendam tu, tengok akar tu..kalau kejap je letak kat air, then akar tu kembang, maknanya, kita dah nak bersalin. kalau x kembang2 maknanya, blom masa nak bersalin lagi..

No. 1 tu,aku buat masa minggu 38..rasanya perghhhh...sedap sangatttt!!..macam air ikan puyu dalam akuarium..ehehehekk..nak senang beranak la punya pasal, aku bedal je la..alhamdulillah..mudah bersalin..walaupun kluar 3.75kg!

Akar Fatimah sebelum direndam.

No. 2 tu, betul la agaknya,,mula2 aku rendam, akar tu x berapa nak kembang pun..sehari sebelum bersalin, aku rendam, kejap je akar tu kembang penuh sebalang..ajaib!..

Gambar akar ni sehari sebelum aku bersalin..

Thursday, May 24, 2012

Pregnancy- Sakit ke x?

Hari ni aku nak cerita sket pasal kesakitan mengandung  nih..Mengandung ni, sakitnya bukan setakat sakit nak terberanak je..time 3rd trimister memang azab la menanggung sakit..Dulu, masa mengandung anak 1st, seingat aku time tu umur aku 25 tahun rasanya..enjoy!..boleh angkat file berat2..jalan laju2..sampai beranak enjoy je..no 2 pulak, x berapa nak enjoy sebab early pregnancy, ada bleeding, mabuk, x lalu makan..2nd & 3rd timister enjoy gak!..sampai nak bersalin baru sakit x terperi..uuhuhu..

yang ke3 ni..memang sakit combine habis..1st trimister, mabuk, x lalu makan, bleeding, masalah emosi & macam2 lagi..2nd trimister ok, cuma risau uri kat bawah..masalah darah rendah yang payah bebenor nak naik..! haish..masuk 3rd trimister lagi la azaaabbb...masalah uri & baby songsang dah ok..masalah lain yang muncul..jari jemari aku nih..bangun pagi, x leh nak gengam..sakit giler la..mesti korang pelik kan, so far, aku x pernah tengok member2 aku yang preggy sakit tangan..masing2 sakit bahagian pelvic je....aku nih, sakit tangan pulak..isk..dulu x pernah jadi cenggini..aku pun surf la pasal sakit tangan time preggy ni..rupa2 ada..nama istilah omputih panggil sindrom carpal turner..Dah macam Karpal Singh je nama istilah tu..yang payah bila tangan sakit ni, susah bebenor nak menggaru kuat2..jari sakit sangat..nak korek lombong pun seksa. sib baik nak basuh yak yak boleh..sebab x payah nak bengkok2 jari..kalau yang tu pun x leh..payah la..

sakit area pelvic tu memang biasala..start je 3rd trimister, sakit makin lama makin menjadik jadik..aku dah 38 minggu, rasa sakit bebenor..especially time tido malam. bila nak pusing badan..maakkk sakit sampai putus nyawa la..dah la hujung2 mengandung ni kerap nak membuang air je..bila bangun tengah malam..hadoss..siksa..katil aku pulak jenis buat aku nak marah je..goyang sket papan katil tu runtuh..ada sekali tu, aku bangun pelan2 nak gi toilet dengan sakit  pelvic x tertahan, tetiba...gedeganggg!!  katil tu boleh runtuh..hubby yang tido sebelah tido dengan nyenyaknya..malas la aku nak kejut, kesian pulak, so, aku biar je la sampai esoknya..aku yang sakit ni bangun la pelan2, sambil jalan pakai jari kaki..(x leh nak angkat kaki) sakit tahap gabanz..korang bayang la jalan pakai jari kaki cmne..

Baru2 ni anak2 ajak gi beli hadiah hari guru..so, larat x larat aku pun gi la ikut hubby & anak2 cari gift tuk anak2 aku bagi kat cikgu diorang..abih satu alamanda aku tawaf..balik tu singgah pulak kat karnival belia kat Presint 2..tengok konsert. dekat kul 12 baru balik. esok nak kerja lagi..anak pun nak sekolah..so, balik la..malam tu lagi la..tetiba rasa contraction..kejap2 rasa..makin lama makin sakit..isk..kul 4 pagi bangun, x leh tido..esok nak kerja nih..tido dah dekat kul 1 pagi, kul 4 bangun lak..adoh...aku paksa gak mata ni pejam, tapi x leh bebenor, sebab baby ni tetiba je aktif semacam..baby aktif, then contraction, bila dah x de contraction, baby aktif balik..cmtu le selang selinya..last2 aku bangun, duduk depan almari baju baby..tengok Cloth Diaper yang aku susun dalam almari..heheheh,,kul 5.30 hubby bangun, tanya apesal?..aku pun cakap la x leh tido..last2 dia pun bangun atas katil sambil tengok aku dok tenung almari baby..sampai la subuh. Aku gi kerja lagi..sakit contraction ni dok ada lagi..tapi x konsisten..aku andaikan Braxton Hicks Contraction. sakit tapi x turun tanda..x pe la kan..

Hari ni hari Jumaat..Hari sabtu ada appoinment kat Hospital Az Zahrah..aku ambik doktor fazlina. x sabar lak nak gi esok..hehehe..pas checkup, planning nak gi makan kenduri kawan hubby, pas tu, malam nak gi ceramah ustaz azhar idrus kat PICC..Malam ni nak gi tengok wayang..hubby nak tengok cerita "What to Expect When U are Expecting" yo yo oo jee hubby aku nih..sib baik aku x beranak lagi..kalau beranak..memang melepas la semua tu..dah  le tu..karnival hari belia ni pun, dok sibuk ajak aku gi kutip goodies bag kat sana..oohohohoo...yg tu x leh..aku x larat oooo...

Saturday, January 14, 2012

My 6th pregnancy journey

Dengar je kandungan ke-6, macam aktif beranak je..sebenarnya, x pun.anak aku 2 orang je..yang ni kalau menjadi kiran yang ke 3 lah..lagi 3 tu, misscarriage..bila sebut pasal misscarriage ni..isk..mengenangkan servis hospital Putrajaya ni..isk..geleng kepala aku..apa yang boleh aku katakan "The best among the Worst"..
maybe ikut nasib. yelah kalau gi kerajaan ni..doktornya bertukar ganti. x de pesakit yang stick to the same doctor..especially O&G..kalau search dalam internet, ramai yang bagi komen positif pasal beranak kat hospital ni. tapi, apa yang berlaku depan mata aku & aku pun mengalaminya sendiri, jauh berbeza dari tanggapan positif orang.mungkin nasib aku memang x baik kot dengan hospital tu..sampai 3x pulak tu..

Macam-macam jadi kat aku untuk 3 misscarriage ni. ketiga tiga buat ERPOC.. yang paling teruk, yang ke-3 sebab bius x berkesan..pengalaman ngeri yang ke-3 tu buat aku cukup buat aku surrender..after 3 misscarriage, aku mintak diorang siasat kenapa jadi cenggitu..isk..payah bebenor dengan hospital ni.macam2 reason diorang cakap..senang cakap diorang x mau buat test la..then my hubby suruh jugak walaupun kena bayar kami sanggup..then diorang buat la..first, ambik darah rasanya dekat 10 tabung diorang ambik..ok la..then, x berapa hari pas tu, diorang cakap kena ambik pulak sebab tersilap ambik..ambik la gi 10 tabung..sabor je la.result dia, biasa la..6 bulan lepas tu rasanya..

Lepas 6 bulan, kami pun gi la seperti appoinment tu..doktor biasala..doktor lain pulak..dia tengok system canggih diorang tu , then cakap, result ok.so, puan boleh la mengandung semula..amboi! hangin betui aku time tu..ingat aku ni kucing ke.?then aku tanya doktor tu balik, apasal kalau result normal, tapi aku still misscariage? apasal x check peranakan aku, parut ceaser ke..etc..apasal ambik darah je..? dah la x tanya history pregnancy aku yang dulu..pas tu, dalam dok kecoh2 tu, datang pulak sorang doktor yang lain masuk bilik, cakap puan nak ubat apa, nanti saya bagi, nak mc berapa hari, nanti saya boleh bagi..apa lagi memang meletup la aku time tu..ingat aku gi sana sanggap nak ubat & mc ka..!!?..memang aku marah betul..then aku suruh doktor tu buat surat reference, kalau aku pregnant, terus ambik perhatian lebih..kalau x kami akan report pada pengarah kementerian kesihatan.then diorang buat la..

x lama lepas tu, aku pregnant lagi..memang ngeri la..memang x jangka sangat time cenggitu..aku dah cakap kat hubby, kalau jadi jugak cm dulu, aku x mo gi hospital putrajaya dah..serik giler dah ni..hubby cakap, x pe,,kita gi dulu tengok cmne..history medical ada kat situ..then kami gi la..masa tu bleeding x de la..then bila gi appoinment, doktor bagi aspirin, duphaston aje..vitamin2 lain x de pun..diorang cakap, kalau bleeding, trus gi sepital..hmm tobat la nak gi kalau bleeding..3 hari makan ubat hospital tu, aku bleeding..memang time tu, x menentu la emosi aku..nangis tahap meraung dah..kebetulan hari tu hari ahad..klinik pakar semua tutup..aku & hubby cari gak klinik2 yang bukak..semata2 x mau gi hospital dah..then alhamdulillah, jumpa satu..then doktor tu scan..doktor cakap chances 50-50.dia naik heran gak, apasal hospital bagi aspirin?? then dapat mc, untuk bedrest. esoknya aku x puas hati lagi, aku gi klinik swasta lain..kat klinik satu lagi pun heran apasal aku makan aspirin..patutnya makan supplement dah,..scan, nampak la bleeding tu..

X puas hati lagi, aku gi klinik pakar Dato' Dr Hamid Arshad.. kat situ, memang melegakan aku sesangat..doktor Hamid memang cekap. dia siasat history dari a-z, then dah tahu dah..scan, dia cakap masalah sebenarnya, uri  agak retak sikit..memang pun, masa dulu, aku pregnant anak ke-2 ( Kat Taping), bleeding cenggitu jugak & doktor cakap uri retak gak..tapi akan sendiri cure bila kandungan besar.. yang tu la aku nak dengar dari mulut doktor2 "pandai" dari hospital putrajaya..then dia bagi injection, suruh bedrest seminggu, then bagi habatussauda, olive oil, kalsium, vitamin E, Folic Acid. soh makan. kalau bleeding lagi, terus datang ke klinik, untuk injection & MC.then doktor pesan, stop makan aspirin!

Hospital Putrajaya ni, aku still gi bila ada appoinment..just nak penuhkan buku merah aku je..kalau ada komplikasi bila beranak, tobat aku x gi sana..andaikata kena jugak ke hospital kerajaan, aku akan gi ke hospital selain dari hospital Putrajaya..ingat nak stop gi sana dah..aku gi checkup kat klinik kesihatan dah la kot..sebab rasanya, doktor "bijak" kat hospital tu,lagi teruk dari nurse2 kat klinik kerajaan. bukan nak puji la..walaupun nurse(bidan) tu x la sampai tahap ijazah or master, tapi, lebih arif dari doktor2 tu..

Wednesday, September 28, 2011

Buku Baru..

Hari ni at Kinokuniya, KLCC..rasa macam nak angkat Kinokuniya tu dok sebelah rumah aku boleh x?..kih..kih..kih..

Ada beberapa buku yang aku beli..tapi yang paling buat aku x nak tido malam ni..buku yang ni..
 Tadaa...ni le bukunya..Harga RM69.90,.. aku bukan pandai bahasa jepun pun..tapi rasanya boleh faham kot instruction kat dalam tu...kih..kih..kih..
 Antara beg yang ada dalam buku ni..
Nampak macam senang..hmm..tak tahu la...

Malam ni nak study beg..kih.kih.kih..

Saturday, May 14, 2011

Yea..! Bilik dah kemas..!

Hari ni..berpeluh sakan aku mengemas Bilik Jahit aku..Dah makin banyak kain aku..pening nak sumbat kat mana dah..
 Sebelum..
 Tadaa..Selepas dikemas..
 Sebelum. semak kepala Otak
 Adoiyai...
 Selepas dikemas..cantik x?
 Hilang semak dalam kepala otak aku..keh..keh..keh..
 Ini la pembantu aku..rajin anak dara aku..
Abis semua dia mop..sukenye..!!

Daiso..RM5 per Item

Semalam, aku & family jenjalan kat IOI Puchong. Gi pun dah malam, lepas maghrib, kami keluar rumah.Sampi pun dah jam 8 lebih,.lepas dinner, kitaorang gi FOS(Factory Outlet Store)..aku memang tengah cari sweater untuk anak aku. lepas shopping, terus ke Daiso..planning, lepas jalan ke Daiso, nak singgah kedai hardware sebelah Daiso., malangnya, x cukup masa..masa kat Daiso, pun kedai dah nak tutup..cepat betul la..Dah le tu..yang jadi melambatkan aku, aku x bawa cash..Aku & hubby memang x banyak cash dalam wallet. kalau beli aku bayar pakai kad bank je,.senang..kebetulan pulak Daiso memang x terima kad debit..mak aih..berlari sakan la aku cari bank..nasib baik la sempat..huhuhu..x sempah jengah Kamdar & Tewah kat situ..

 Ini la barang yang aku beli. X banyak pun

 Cute
 Yang ni, boleh la aku berjinak-jinak dengan Felt Craft nanti..
 Sempat beli barang merepek..stokin..aku suka kaler ni..
RM5, bila dikumpul-kumpul...hah..hambik aku..sekali RM85 daa..

Monday, May 9, 2011

Sarung kusyen & xtvt hujung minggu

Hujung minggu ni, aku sempat jahit sarung kusyen je..bukan apa, kain berlambak-lambak kat bilik tu ..kat ruang tamu pun bantal kusyen pun nampak dah lembik semacam je..so, aku try la jahit sarung kusyen baru..ni 1st time aku jahit sarung kusyen ni..sebelum ni x pernah langsung jahit..nasib baik x susah sangat..
Hujung minggu, hubby ada game bola tampar.so, tinggal la aku & anak-anak..anak-anak aku sibuk nak gi kelas kraf kat kanak-kanak house..so, aku pun register la diorang masuk kelas kraf tu..sehari je..hasilnya, aku dapat 2 kad ucapan yang sungguh cantik.(anak-anak aku buat..)..lepas habis kelas kraf, aku ambik bebudak, support papa main bola tampar..petang sampai rumah..penatnyaa...

 Kerusi sebelum ada sarung kusyen baru..ngeh..ngeh..ngeh,,
 Tuu dia,,sarung kusyen baru mai dah..simple je..


Adus..bilik jahitku..

Dok asyik menjahit je..sedar-sedar..bilik dah macam tongkang pecah...argh..yang sepah-sepah tu, aku & anak-anak aku la punya kerja..kelmarin la aku baru perasan yang bilik aku tu sepah yang amat..huh..so..cmne nak bagi kemas ek..?..



Thursday, April 28, 2011

servis mesin- DIY

Mesin2 Jahit aku tu dah teruk dah..kalau setakat jahitan melompat tu kira ok lagi..ni dah sampai tahap benang  putus, jarum patah & benang gumpal-gumpal..huhuuhu..aku dah call orang servis,.dia cakap nak datang, tapi dia inform dulu sebelum datang..dah seminggu lebih, x datang2 pulak..call pun x..isk..sibuk bebenor le agaknya orang tu..nak call orang tu..segan pulak..sbb aku suruh datang servis kat rumah..upah pun murah..tu yang segan tu..
Since mesin2 pun dah teruk..aku pun terpikir..tengok diorang servis, cm bukak2 cuci2, lap2 mesin..dah ok..hmmm..aku pun surf la pasal menyerbis mesin sendiri..keh..keh..keh..banyak gak la yang aku dapat..especially bab betulkan timing tu..heheheheh..aku pun lupa dah apa nama website tu..
Semalam, aku pun buat la projek servis mesin aku..aku servis yang vintage je..sebab mesin tu manual..kayuh kaki je..so, x le sensitif sangat..mesin NV aku tu..isk...takut gak ..yang tu aku hantar kedai le nanti..so, semalam..abih semua aku bukak..aku cuci, letak minyak, ketatkan skru..then, pasang balik..mula2 tak berapa menjadi..aku dah frust sesangat,,.bukan apa..yang lain dah ok..cuma masalah benang atas dok selalu putus..hampir putus asa aku dibuatnya..then, tadi aku pun teringat buku jahitan yang aku beli dolu..(dah lama x bukak..haahaha)..nasib baik buku tu ada explain pasal masalah mesin..hehehe..rupa-rupanya...yang buat benang putus tu sebab jarum tumpul..lepas tukar je jarum..pergh!!..tip top mesin vintage aku tu..hehehe..

Yeeehaa!..aku boleh servis mesin sendiri..!
 Mesin lepas di servis
 Inilah buku yang memberi sinar dikala aku putus harapan..cheeewahh!
Sempat jahit sikit lepas di servis..

Tuesday, April 5, 2011

Why??? Part 6.

Ingatkan part 5 dah final dah..fuh..

Aku nak cerita sket la pengalaman aku supaya kenkawan semua ambik iktibar agar tak berlaku kat kenkawan semua..

Korang ingat tak aku cerita yang aku bleeding banyak. then rasa lega sebab x perlu D&C..huhuhu..doktor buat appoinment untuk repeat scan seminggu lepas tu..x sampai seminggu.2 hari lepas bleeding banyak, aku bleeding lagi.! kali ni bleeding memang melampau-lampau sungguh!. bergerak je bleeding..nak mengelak bleeding merata-rata dalam rumah aku, aku duduk dalam bath tab je.sampai aku tertido dalam bath tab..pagi tu..tak tau la nak cakap apa..penuh dalam bath tab tu dengan ketulan darah sebesar tapak tangan. makin lama, makin banyak..then pagi tu aku gi jumpa bidan. Bidan tu terkejut dia..dia cakap aku tumpah darah!..x sangka pulak gugur pun boleh tumpah darah..then bidan tu suruh aku terus ke hospital. Memang doktor hospital dah pesan, kalau bleeding banyak, terus ke hospital..aku je yang degil sebab gara-gara tak mau buat D&C..huhuhu..kepala aku pun dah pening,,maybe sebab kekurangan darah,.so, husb aku pun terus bawak aku ke Emergency kat hospital Putrajaya,kat emergency, doc check pregnancy..still +ve!.. terang pulak tu..aduss!!Then diorang tolak aku ke bahagian bersalin..kat situ doktor scan..memang time tu darah turun x henti-henti..doktor pulak nak buat scan dari bawah & buat spekulum etc..lagi la berlambak-lambak keluar..then doktor cakap kena buat D&C lagi..huhuhuhu...since bleeding x henti-henti, diorang letak ke bilik bersalin sebab nak tunggu katil kosong..kat hospital putrajaya ni, katil selalu penuh.ok la sebab kalau aku duduk atas kerusi, sure ramai yang ngeri tengok aku..tekanan darah aku, dari 98 turun, turun & turun sampai ke 43 kot.itu bacaan 2 jam sebelum aku masuk OT.

Aku selalu kena bius penuh. so, x le rasa sangat. kali ni, pakar bius bius aku separuh..ok la..since aku x pernah tengok apa doktor2 buat kat aku., aku rasa, ni la peluang untuk aku tengok kerja diorang..ngehehehe..Rupa-rupanya..lagi sakit la.!! sampai ke hari ni, kepala aku asyik dok terbayang-bayang betapa ngerinya..ngee...diorang cucuk kat tulang belakang aku..cucuk tu ok la..sakit sket je..pakar bius tu cakap, nanti akan rasa berat kat sebelah bawah dari pinggang ke kaki..5 minit lepas kena injection kat pinggang tu, aku pun mula rasa kebas & berat..tapi punggung sebelah kiri aku x berapa rasa berat sangat la..then, after 5 minit, diorang pun angkat kaki aku & start nak buat "cuci"..then..menjerit aku..ADOI!!terasa sakit melampau!..aku rasa menyucuk-nyucuk giler kat ari-ari aku!!..doktor pun terkejut..sepatutnya tak rasa pape..huh..then pakar bius, bagi etonox kat aku, since spinal injection x berkesan atas aku..start je sedut gas tu,..tetiba je aku badan aku mengeras..aku boleh dengar pakar bius tu..cuma aku rasa macam MATI!..buat pertama kalinya aku rasa betul-betul dah mati!..cuma ada sesuatu yang menarik roh aku daripada keluar dari jasad aku..sesuatu yang menarik roh aku tu adalah pakar bius!kalau aku tak dengar pakar bius tu memang aku gone dah rasanya,.lepas sekali sedut gas tu..mata aku terpejam..aku dapat rasa yang aku tak menarik nafas aku dah...aku tak tau nak buat apa..aku x nak mati macam ni..!!..then aku dengar pakar bius panggil aku..then baru aku bukak mata..dia suruh aku tarik nafas dalam-dalam..sebab x nak mati punya hal, aku pun ikut apa yang pakar bius tu cakap..huhuhu..mata aku terbukak..aku nampak pakar bius tu..berpusing-pusing..macam naik marry go round pulak..huhuhu..aku boleh dengar la,..doktor2 tu dok buat kerja, sembang-sembang..cuma aku x leh bersuara & bergerak..itu la pengalaman paling dasyat la..aku rasa..for sure aku x lupa sampai bila-bila..

Lepas habis, aku still rasa macam mamai sesangat..mengantuk..maybe kesan bius yang melampau kot..kat luar hubby & anak-anak setia menunggu..huhuhuhu..kesian anak-anak aku..malam tu aku tido je..sampai ke pagi..nurse datang check aku pun aku x sedar..

Gugur kali ni betul-betul buat aku serik..D&C kali ni pun rasa sakit yang amat..macam orang bersalin pulak.. 3 hari!..korang bayang..3 hari aku still rasa sakit sangat kat ari2..kepala aku ni sampai hari ni..migrain+ pening..nak jalan pun slow-slow je..ada 7 tempat kat badan aku kena cucuk..2 botol saline & 1 botol ubat kecut rahim dimasukkan dalam badan aku..darah aku diambil, rasanya dekat 10 tabung uji kot..untuk buat ujian recurrent misscarriage..itu pun pihak hospital ada call aku lagi.katanya darah yang diambil x cukup..huhuhu..kena gi hospital lagi esoknya..bulan 7 ni pun kena lagi ke hospital, untuk jumpa gynea..

Now, aku berpantang la..huhuhu..macam orang beranak aku pantang..ha..hambik aku..padan muka aku..mak aku marah betul kat aku..mak mertua aku pulak, marah betul kat hubby aku..hambik aku & hubby aku..huhuhu...

Thursday, March 31, 2011

Why??? Part 5.

Dah 2 hari aku x gi kerja..mc..huhuhu..dua hari lepas aku ke klinik..doc kasi ubat kecutkan rahim + tahan sakit..malam tu..mula la episod mandi darah..huh..sebelum ni, gugur, bleeding sket-sket je..then buat ERPOC..so, darah x banyak kluar..ok la..aku tak jangka la bleeding akan banyak cenggini..
Petang tu, aku nak mandi..perut x rasa sakit pun..tengah-tengah mandi, rasa cm ketul keluar..rupa-rupanya karung tu lah kot..aku pun ambik simpan. rupa die macam donut..tengah-tengah ada lubang..x lama lepas keluar tu..keluar lagi..bentuk yang sama la..macam donut. aku rasa malam tu dalam 5 bentuk "donut' gak yang kluar..sebesar 2 kali ganda syiling 50 sen kot..semua aku ambik simpan, then bawak ke hospital putrajaya.

Pagi tu nasib baik la aku gi awal ke hospital. kebetulan doktor pun datang awal & aku orang 1st datang. then dia scan,..nampak dah kosong. cuma ketebalan rahim masih border line sama ada perlu atau tak untuk D&C..fuh! tobat la aku x mo buat D&C..doktor tu bagi antibiotik, ubat tahan sakit & vitamin-vitamin untuk aku..doktor tu cakap..lepas satu minggu, dia akan repeat scan..kalau still tebal, terpaksa buat D&C..

Balik dari hospital, aku decide nak makan nenas banyak-banyak kononnya nak kasi kluar abiss..punya banyak nenas aku melantak sampai sakit tekak aku..petang tu aku buat appoinment dengan bidan urut untuk pagi esoknya..

Malam tadi..memang aku mandi dengan darah la..korang bayangkanla..20 keping pad tebal aku baru beli abis dalam semalam je..darah keluar macam air je..sampai aku tak tau nak buat apa..hubby dah standby nak hantar ke hospital dah..sebab doktor tu pesan, kalau bleeding banyak..terus ke emergency..since aku tak sakit pape..aku cakap kat hubby, tunggu dulu lah..esok nak tanya bidan nak wt cmne..malam tu aku lapik towel tebal atas katil..kang penuh katil lak..sib baik la masa tido tu dah x banyak keluar.

Esok pagi tu, aku siap2 gi ke bidan urut..punya la berleter bidan tu..sebabnya..dia kata badan aku ni dah teruk sangat..rahim dah ke bawah sangat,.& macam-macam lagi la..aku cakap la bleeding banyak..mak bidan tu cakap mungkin sebab salah makan..aku pun cerita la apa yang aku makan semalam..Dengar je cerita aku..ha...mengucap panjang mak bidan tu..dia kata..tak boleh makan nenas, tapai, ubi, cendawan..then aku jawab..semua tu aku makan..hahaha..menjerit bidan tu,...

So, bidan tu suruh aku beli biji manjakani + halia..rebus & minum air tu..sehari segelas..pastu makan pulak jamu-jamu..untuk kesihatan dalaman..kena gi urut untuk lagi 2 kali berturut-turut lagi..so far, memang best makcik tu urut..hilang migrain aku..badan pun rasa ringan..masa dia nak naikkan peranakkan aku..pergh..!! sakit cm nak nangis oo..makcik tu kata...jangan mengandung dalam masa 1 tahun ni..hehehe..x de masalah..!

So, buat kenkawan yang keguguran tu..HARUS PANTANG!.. kang jadi macam aku..huhuhu..kalau boleh gi jumpa bidan yang expert  untuk urut peranakan tu..jamu MESTI MAKAN!..elakkan minum ais, makan benda2 tajam..bahaya!..lagi satu..kalau dah planning nak pregnant...sebaik-baiknya..3 bulan sebelum pregnant, makan folic acid & stop makan jamu or ubat kurus.!

Tuesday, March 29, 2011

Why??? Part 4.

petang tadi aku ke klinik pakar tu..since hcg level abnormal, aku nak tanya doc la apa patut aku buat..boleh
ke kalau x nak d&c..then, doc suruh scan dulu sebab nak tengok kandungan tu cmne..

Then buat la ultrasound..cari punya cari..x nampak..sampai la kat satu tempat tu, baru la nampak..dari situ la terjawab persoalan aku selama ni..huhuhuh..

Rupa-rupanya,..kandungan tu lekat betul-betul atas parut ceaser aku masa anak 1st dulu..parut ceaserean tu kat bawah rahim..doktor cakap, sepatutnya kandungan tu lekat kat atas rahim....so, sebab tu la kandungan tu kecik sebab x banyak ruang yang ada kat situ.tapi kandungan aku tu bukan luar rahim ..suluh punya suluh..nampak la heartbeat ..kecik je..tapi laju..seronok sangat..walaupun aku tak tau apa yang bakal menimpa aku..huhuhu..

Then, doktor cakap..kalau kandungan tu lekat kat tengah2 rahim ke..atas rahim ke..x de masalah..yang menjadi masalah sekarang adalah kandungan tu lekat di bahagian paling bawah rahim & ada parut ceaser pulak tu..sebab tu la bleeding x henti-henti..now..kandungan tu akan cuba membesar..tapi x cukup ruang..bila x cukup ruang & baby semakin  membesar..kemungkinan besar rahim aku akan pecah & boleh menyebabkan kematian..itu apa yang doktor kata la..then hubby aku ..dengar je rahim pecah..terus nak buat D&C..huhuhu..aku kalau x nampak heartbeat tu..mungkin la aku boleh terima..nampak pulak heartbeat..sebak sesangat..x kan nak buang dia tatkala jantung dia masih berdenyut..?..x tahu la nak buat apa sekarang..appoinment hamid arshad lambat lagi..mana lagi aku nak gi ni..?


 1st blood test shown that HCG Level = 1607u/l
2nd blood test = 2272 u/l after 2 days.x double..

Monday, March 28, 2011

Why??? Part 3.

Sementara nak tunggu ke appoinment kat klinik sakit puan tu, aku risau gak,. bleeding x stop2 dah dekat 3 minggu dah ni..so, aku gi another clinic. Kat puchong..lepas cerita from a-z, doc tu suggest 2 option. . 1st option, dia akan bagi mc untuk jangka masa yang panjang, untuk tengok sama ada bleeding tu stop atau tak. lagi satu option, buat blood test. tengok HCG level aku cmne..kalau double every 2 days, should be a good news, kalau x double..problem la tuh..so, dalam masa 2 hari leh tau result, sama ada nak teruskan this pregnancy atau x..tapi nak buat blood test tu...hmmm..RM!,..RM!..RM!!..sekali test RM200.00..aku ambik option no 2. sbb aku malas nak mc lama-lama..kang kesian pulak offismate aku kena tanggung kerja aku pulak..asyik mc je..lagipun boleh jadi gila la kalau dok atas tilam je sepanjang hari..so, malam tu, doc buat blood test..1st result kira consistent to pregnancy la..kena ambik lagi 2 hari..then lepas 2 hari aku bagi lagi darah aku..esoknya baru tau result.

result tu keluar tengah hari semalam..diorang call..as expected la..bad news..hormon x double up..so, doc punya kesimpulan, abnormal la..esok appoinment aku dengan doc tu..kali ni x nak la
buat ERPOC (D&C la tu)..dah 2 kali ni..x kan nak tambah jadi 3 kali..huhuhu..Lepas ni aku x nak pregnant lagi la untuk masa terdekat ni..serik la..bosan pun ada...rasa macam susah sangat la kali ni..apasal la jadi cenggini..dulu senang je..plan je, menjadi..maybe kena cari kerja lain kot..huhuhu..stress + heavy work. rumah pun bertangga..asyik naik turun tangga..x pun jadi surirumah je la..fedup sangat-sangat dah ni..kalau payah sangat nak pregnant elok-elok..aku guna je lah budget untuk future baby aku tu untuk anak-anak aku gi kelas piano ke..kelas renang ke..ada gak faedahnya..daripada simpan untuk benda yang x pasti..fedup dah niiiiii..!!!

Saturday, March 19, 2011

Why??? Part 2.

Petang tadi aku & hubby gi check la kat klinik pasal aku punya bleeding ni..aku pun cm pelik la..ingat period, tapi, bila test UPT, positive pulak..so, kami decide untuk test kat klinik sakit puan pulak..
On the way balik dari klinik, aku & hubby gelak terbahak-bahak..keh..keh..keh..tengok gelagat doktor tadi..hehehe..

aku cerita la aku punya history bleeding & D&C yang 2 kali berturut-turut tu..aku tunjuk la UPT test yang aku buat kat rumah kat doktor tu..then aku cakap bleeding la..doktor pun check la bila last D&C aku tu,,then aku cakap, 10 February lepas..Now dah 19 March..kalau ikut cycle aku, sepatutnya 9 March would be my fist day period..now dah 19 march..spotting start 14 March. sampai sekarang still bleeding.
Doktor punya calculation, 4 week after D&C should be the day of my ovulation..maknanya seminggu je la missed..doktor cakap maybe aku ni dalam kategori LMP (late menstrual ape ntah) aku pun pening la apa yang doktor tu cerita..then kami mintak buat UPT lain la..maybe our UPT could be wrong kan..kan..kan..

Mula-mula doktor buat ultrasound memang x nampa pape pun..iyola..baru beberapa minggu nak nampak ape kejadahnya..keh..keh..keh..then buat transvaginal ultrasound..nampak ada penebalan pada dinding rahim..tapi sac x nampak pun..x pe lah..doktor tekan-tekan perut pun x de sakit apa-apa..then baru dia suruh buat UPT..
Dia cakap kalau pregnant time cenggini mustahil UPT boleh nampak sebab baru seminggu kan..ok la, memang betul pun apa doktor cakap tu..dengan rasa ingin tahu, aku pun wee wee la dalam bekas..then test..terkejut beruk doktor tu bila tengok UPT positive..keh..keh..keh..itu yang buat kami gelak besau tu..aku pun pening actually..apasal positive awal sangat..kan..kann..kannnn..then, doktor suruh datang lagi 2 minggu la..untuk tengok apa progress..okla..at the same time, me & my hubby try to make an appoinment with Dr. Hamid Arshat pulak..saja nak tengok 2nd opinion.bukan sebab this pregnancy..tapi nak mencari penyebab terjadinya "recurrent misscarriage" ke atas diri aku ni..Billnya..hmm..x pe la..duit boleh dicari..apa yang penting, aku dapat jawapan dari permasalahan aku ni..

Doktor yang buat aku tergelak besau tu..bagus actually..i really like her..very soft spoken..x menakut-nakutkan pesakit..cukup tenang memberi penjelasan yang amat berguna..& yang paling best..agak kelakar..hehehe..hilang stress aku..

I really hope that this pregnancy will survive..the chances is 50%.. kita hanya merancang & berusaha.selebihnya, allah yang menentukan..may be ada hikmah..who knows....

Friday, March 18, 2011

Why???

Pagi ni aku nak bercerita sket la..bukan pasal jahit menjahit..tapi pasal aku punya dilema..huhuhu..Actually aku memang nak tambah bilangan ahli dalam keluarga aku..benda ni start tahun lepas la..aku planning nak conceive..vitamin toksah cakap la, memang aku amalkan folic acid, calcium, etc..mula2 memang menjadi planning aku..aku check2 memang mengandung..apa lagi, happy le..happy tu kejap je..masuk je kandungan 6 minggu, bleeding..sejak tu, aku kerap le gi sepital buat checkup..masuk je 9 minggu, janin x de heartbeat..then kena buat D&C..x pe la...bukan rezeki aku lagi..terima je la..then aku rehat lebih kurang 6 bulan..aku cuba lagi..tup..tup, pregnant..bukan main happy la..dah dekat setahun dah ni..macam yang fist jugak la..masuk je 6 minggu, bleeding..then, kluar masuk sepital..last2 buat D&C..kali ni jiwa aku memang kacau la..dah macam nak meroyan pun ada..rasa putus semangat langsung..bila tanya doc, doc cakap maybe kandungan x sempurna, sebab tu gugur..yang peliknya, kenapa jadi cenggitu, aku makan folic acid, vitamin-vitamin lain..isk..lagi satu yang paling best, doktor cakap kena tunggu kandungan gugur 3 kali berturut-turut baru diorang siasat kenapa jadi macam tu..aiseh..

Lepas buat D&C baru-baru ni, aku try gak la...mengandung pulak..macam yang dua2 tadi, masuk je 6 minggu, mula la bleeding..sekarang 6 minggu la..tak tau la apa aku nak buat..aku dah makan Utrogestan (hormon progestron), pergi jumpa Darul Syifa', hari ni nak gi jumpa pakar O&G pulak..x tau la apa cerita tu..Aku dah tak tau nak buat apa..asal mengandung je, bleeding..mengandung je..bleeding..maybe lepas ni, kalau gugur jugak, aku nak rest untuk beberapa bulan, then gi mengurut pulak...kalau boleh aku dah x nak gi hospital..ngeri..kalau nak gugur, biar je dia gugur sendiri..x pe lah..aku tahan..

Friday, March 11, 2011

CRAZY SALE AT MINLON SERI KEMBANGAN!!! HURRY UP MY FRIENDZZ!!

Planning hari ni nak cari part2 untuk buat beg..since dah ada dekat serdang, hubby ajak la gi minlon...memang aku langkah kanan la hari ni..semalam, hari ni till tomorrow..ada sale..memang sale gegile punya..aku beli dua jenis kain. punya la banyak meter tu..total RM 10 je!..pergh..!..barang beg entah kemana..barang lain yang aku beli..beli heritage chair for just RM 100.00. carpet & side table..barang2 ni memang aku dah lama survey..since dah ada sale tahap melampau..aku rembat je..

Sini la tempat sale..jom kenkawan sebelum habis sale!
Semua RM 10 je..kain tebal tu..

Sunday, February 6, 2011

Shopping Sket

Sebelum aku dimasukkan dalam wad, sempat la aku jengah kedai-kedai jahit kat area kampung aku ni..dah nak raya cina, so, banyak gak la kedai yang tutup. nasib baik ada satu kedai ni..dia bukak..ada jual kain batting yang tebal. menyesal lak aku beli 2 meter je..patutnya aku beli banyak sebab jarang nak jumpa batting tebal-tebal ni..huhuhu..bila aku kluar hospital, aku ajak hubby gi jengah kedai tu, kononnya nak borong lagi la..malangnya, kedai tu tutup seminggu..huwaaa!!!...dah la nak balik kampung pun setahun berapa kali je..huhuhu...ntah bila la nak dapat balik kampung pulak..huhuhu..
yang ni barang-barang lain.

Friday, January 21, 2011

ZK oh ZK..

Hari ni aku dapat sms berbau ugutan dari ZK..x pe lah..aku anggap ini satu ujian buat aku..actually, x kisah pun..cuma agak terkejut dengan mesej yang agak kasar tu..
aku letak ZK sbb x nak le korang tau sapa..sbb sebelum ni memang aku letak nama dia betul2..hahaha..aku bukan nak cari gaduh..ini blog aku, suka hati aku la nak luahkan pendapat aku..aku bukannya ugut nak bunuh ke...fitnah yang bukan2..ini hanya PENDAPAT ikhlas aku..then, barang2 murah yang aku beli, aku cuma bgtau kat blog aku supaya kenkawan yang baca blog aku boleh beli barang2 kraf pada harga yang murah kat tempat lain..aku x jual apa yang ZK jual pun..x de kesan persaingan pun kat dia..

hmm..ZK cakap dalam mesej tu, dia paste blog aku kat Facebook dia untuk komen kenkawan dia..aku x kisah pun..lagi banyak komen berbaur kutukan..alhamdulillah..aku terima sebagai dugaan dariNYA..mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk dariNYA..biarlah luncai terjun bersama labunya..bagi aku, aku hanya takut pada Allah SWT..yang lain2 aku terima sebagai ujian buat aku..teguran yang diterima aku terima & betulkan..aku hanya manusia, x lari dari membuat kesilapan.

buat ZK aku mohon maaf atas kesilapan aku..terpulang pada kamu sama ada nak memaafkan aku.yang penting aku dah meminta maaf..

Thursday, December 9, 2010

Ampang park

Hari ni aku gi Titiwangsa. Bawak anak check dyselexia. kul 12 kluar rumah, kul 5 abis test. Alang-alang ada di KL, apa lagi, jenjalan la kat Ampang Park. Nasib baik la ada Garmin, so, senang sket la nak cari Ampang Park time2 jalan jem ni..hahahaha..dalam 5 minit dah sampai Ampang Park. Kat situ aku jumpa 2 tempat "heaven". hehehe..ada la rembat beberapa barang..habis la duit aku..kalau nak ikutkan, semua aku nak beli..sib baik la boleh control lagi nafsu membuang duit ni..huhuhu..

 Inilah "Heaven" yang aku maksudkan,
Tiny Tapir..slalu beli kat website je..hari ni aku melawat kedai.