Tuesday, April 5, 2011

Why??? Part 6.

Ingatkan part 5 dah final dah..fuh..

Aku nak cerita sket la pengalaman aku supaya kenkawan semua ambik iktibar agar tak berlaku kat kenkawan semua..

Korang ingat tak aku cerita yang aku bleeding banyak. then rasa lega sebab x perlu D&C..huhuhu..doktor buat appoinment untuk repeat scan seminggu lepas tu..x sampai seminggu.2 hari lepas bleeding banyak, aku bleeding lagi.! kali ni bleeding memang melampau-lampau sungguh!. bergerak je bleeding..nak mengelak bleeding merata-rata dalam rumah aku, aku duduk dalam bath tab je.sampai aku tertido dalam bath tab..pagi tu..tak tau la nak cakap apa..penuh dalam bath tab tu dengan ketulan darah sebesar tapak tangan. makin lama, makin banyak..then pagi tu aku gi jumpa bidan. Bidan tu terkejut dia..dia cakap aku tumpah darah!..x sangka pulak gugur pun boleh tumpah darah..then bidan tu suruh aku terus ke hospital. Memang doktor hospital dah pesan, kalau bleeding banyak, terus ke hospital..aku je yang degil sebab gara-gara tak mau buat D&C..huhuhu..kepala aku pun dah pening,,maybe sebab kekurangan darah,.so, husb aku pun terus bawak aku ke Emergency kat hospital Putrajaya,kat emergency, doc check pregnancy..still +ve!.. terang pulak tu..aduss!!Then diorang tolak aku ke bahagian bersalin..kat situ doktor scan..memang time tu darah turun x henti-henti..doktor pulak nak buat scan dari bawah & buat spekulum etc..lagi la berlambak-lambak keluar..then doktor cakap kena buat D&C lagi..huhuhuhu...since bleeding x henti-henti, diorang letak ke bilik bersalin sebab nak tunggu katil kosong..kat hospital putrajaya ni, katil selalu penuh.ok la sebab kalau aku duduk atas kerusi, sure ramai yang ngeri tengok aku..tekanan darah aku, dari 98 turun, turun & turun sampai ke 43 kot.itu bacaan 2 jam sebelum aku masuk OT.

Aku selalu kena bius penuh. so, x le rasa sangat. kali ni, pakar bius bius aku separuh..ok la..since aku x pernah tengok apa doktor2 buat kat aku., aku rasa, ni la peluang untuk aku tengok kerja diorang..ngehehehe..Rupa-rupanya..lagi sakit la.!! sampai ke hari ni, kepala aku asyik dok terbayang-bayang betapa ngerinya..ngee...diorang cucuk kat tulang belakang aku..cucuk tu ok la..sakit sket je..pakar bius tu cakap, nanti akan rasa berat kat sebelah bawah dari pinggang ke kaki..5 minit lepas kena injection kat pinggang tu, aku pun mula rasa kebas & berat..tapi punggung sebelah kiri aku x berapa rasa berat sangat la..then, after 5 minit, diorang pun angkat kaki aku & start nak buat "cuci"..then..menjerit aku..ADOI!!terasa sakit melampau!..aku rasa menyucuk-nyucuk giler kat ari-ari aku!!..doktor pun terkejut..sepatutnya tak rasa pape..huh..then pakar bius, bagi etonox kat aku, since spinal injection x berkesan atas aku..start je sedut gas tu,..tetiba je aku badan aku mengeras..aku boleh dengar pakar bius tu..cuma aku rasa macam MATI!..buat pertama kalinya aku rasa betul-betul dah mati!..cuma ada sesuatu yang menarik roh aku daripada keluar dari jasad aku..sesuatu yang menarik roh aku tu adalah pakar bius!kalau aku tak dengar pakar bius tu memang aku gone dah rasanya,.lepas sekali sedut gas tu..mata aku terpejam..aku dapat rasa yang aku tak menarik nafas aku dah...aku tak tau nak buat apa..aku x nak mati macam ni..!!..then aku dengar pakar bius panggil aku..then baru aku bukak mata..dia suruh aku tarik nafas dalam-dalam..sebab x nak mati punya hal, aku pun ikut apa yang pakar bius tu cakap..huhuhu..mata aku terbukak..aku nampak pakar bius tu..berpusing-pusing..macam naik marry go round pulak..huhuhu..aku boleh dengar la,..doktor2 tu dok buat kerja, sembang-sembang..cuma aku x leh bersuara & bergerak..itu la pengalaman paling dasyat la..aku rasa..for sure aku x lupa sampai bila-bila..

Lepas habis, aku still rasa macam mamai sesangat..mengantuk..maybe kesan bius yang melampau kot..kat luar hubby & anak-anak setia menunggu..huhuhuhu..kesian anak-anak aku..malam tu aku tido je..sampai ke pagi..nurse datang check aku pun aku x sedar..

Gugur kali ni betul-betul buat aku serik..D&C kali ni pun rasa sakit yang amat..macam orang bersalin pulak.. 3 hari!..korang bayang..3 hari aku still rasa sakit sangat kat ari2..kepala aku ni sampai hari ni..migrain+ pening..nak jalan pun slow-slow je..ada 7 tempat kat badan aku kena cucuk..2 botol saline & 1 botol ubat kecut rahim dimasukkan dalam badan aku..darah aku diambil, rasanya dekat 10 tabung uji kot..untuk buat ujian recurrent misscarriage..itu pun pihak hospital ada call aku lagi.katanya darah yang diambil x cukup..huhuhu..kena gi hospital lagi esoknya..bulan 7 ni pun kena lagi ke hospital, untuk jumpa gynea..

Now, aku berpantang la..huhuhu..macam orang beranak aku pantang..ha..hambik aku..padan muka aku..mak aku marah betul kat aku..mak mertua aku pulak, marah betul kat hubby aku..hambik aku & hubby aku..huhuhu...

4 comments:

  1. wahhh really a bad experience yer suzani. saya baca pon ngeri.Alhamdulillah, hari ahad petang arituh saya dah habis keluar semua uri, air ketuban n janin, sekelepuk keluar semua. Janin tuh masih dlm air ketuban, tak pecah pon. Pastu hari Isnin g jumpa doctor, dah scan n katanya tak de apa yang tinggal dah. Cuma doctor bg ponstan jer, in case kalau sakit. And doctor remind jugak, incase kalau demam, mmg kena g hospital secepat mungkin. So far alhamdulillah, darah ketul2 dah takde, tinggal lg mcm period jer, itupon banyak keluar bila bertungku. Makan memang jaga, banyakkan halia n lada hitam, mcm orng bersalin jugak. Malam saya isi minyak panas n berbengkung, siang pakai Premium Beautiful jer, nasiblah semalam dah boleh pakai dah.. dah kurang buncit dah haha.
    Thank for sharing ur story, banyak boleh ambil iktibar kat sini, saya pon takut jugak nak makan bende2 tajam. Kena jaga2 pemakanan at least sebulan ler jugak. Nak turunkan berat badan dah satu hal jugak ni..
    ops sorry, panjang benor cerita saya.

    ReplyDelete
  2. carrot, banyak-banyak bersabar. insyaallah nanti ada le rezeki lain tu..nasib baik kluar habis. kalau x, jadi le cm saya..huhuhu..

    actually pantang tu ok la..badan akan recover balik seperti biasa..yang payah nak recover ni..mental la..macam carrot..jauh di sudut hati tu, sure sedih + frust, etc..macam saya la..huhuhu..hopefully, carrot kuatkan semangat ye..

    ReplyDelete
  3. betul tuh.. boleh cakap dgn semua org that I am OK. tp dalam hati susah nak cakap lah. NAk share dengan hubby pon malas, sbb takut dia pon akan down jugak. Awak lglah suzani... dah 3 kali tak jugak menjadi lg. Sama2 lah kita bersabar dan terus berdoa moga adalah nnt rezeki kita dilain hari yer... setiap kali saya rasa down, saya dok ckp kat diri sendiri... dariNya ia datang dan kepadanya ia kembali. even kita pon sooner or later akan kembali kepadaNya.

    ReplyDelete